Find a campus  |  Language:

PSMB (HRDF)

hrdf-logo

MENGENAI HRDF

Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM) ditadbir oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia menerusi Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001.
KWPSM ditubuhkan pada 1993 dengan matlamat mewujudkan modal insan berkualiti dan tenaga kerja bertaraf dunia dalam mencapai ekonomi berpendapatan tinggi berasaskan pengetahuan dan inovasi dalam usaha negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Visi KWPSM adalah untuk menjadi daya penggerak latihan dan pembangunan tenaga kerja di samping Misi untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan tenaga kerja melalui pengurusan kumpulan wang yang efektif. Objektif KWPSM adalah untuk menggalakkan majikan yang diliputi di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001 untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja, perantis dan pelatih bagi memenuhi keperluan pelan perniagaan selaras dengan strategi pembangunan negara.

KWPSM meneraju peningkatan kemahiran tenaga kerja Malaysia dengan memberikan 100% kadar bantuan kewangan bermula 1 Januari 2014. Pekerja yang tidak mempunyai pendidikan formal tetapi mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kemahiran di tempat kerja akan diberi sijil berdasarkan tahap kemahiran mereka (Sijil Kemahiran Malaysia – SKM, Diploma Kemahiran Malaysia – DKM , Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia – DLKM dan Diploma Level 4) di bawah Skim Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (RPL). Selain daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), PSMB juga melantik (3) tiga lagi badan pengiktirafan iaitu Federal University dari Australia, Institute of Supply Chain Management and The Great Britain College Consortium untuk mengendalikan Skim RPL ini.

Komitmen

KWPSM adalah komited untuk :

  • Mewujudkan tenaga kerja yang kompeten, terlatih, berpengetahuan dan berkemahiran dengan melengkapkan tenga kerja sedia ada dengan kemahiran spesifik dan terkini menerusi program latihan semula, peningkatan kemahiran, pembelajaran kemahiran baru dan cross skilling
  • Meningkatkan keupayaan sumber manusia Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
  • Meningkatkan produktiviti Malaysia dan kecekapan dalam mengukuhkan daya saing Malaysia di pasaran global

Fungsi

  • Untuk menilai dan menentukan jenis dan takat latihan dan latihan semula pekerja, perantis dan pelatih selaras dengan keperluan sumber manusia bagi industri
  • Untuk mempromosi dan merangsang latihan tenaga manusia
  • Untuk menentukan terma dan syarat di mana apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang hendak diberikan