Find a campus  |  Language:

PSMB (HRDF) Training Schemes

hrdf-logo

  1. Skim SBL (Skim Bantuan Latihan)Skim ini merupakan skim bantuan utama PSMB. Majikan perlu mengemukakan permohonan sebelum latihan bermula. Majikan dibenarkan untuk mengenal pasti keperluan latihan mereka sendiri dan melaksanakan program latihan untuk melatih semula dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekerja sejajar dengan keperluan operasi dan perniagaan syarikat. Di bawah skim ini, majikan dibenarkan menjalankan latihan sama ada di tempat kerja atau di luar tempat kerja atau kombinasi kedua-duanya sekali. Majikan juga boleh melaksanakan latihan dengan menggunakan pengajar dalaman, luaran atau luar negeri. Pengajar atau Penyedia Latihan dikehendaki untuk mendaftar di bawah Kategori C sebelum mereka dibenarkan untuk menjalankan latihan di bawah Skim SBL, berkuatkuasa 1 Januari 2011 di bawah skim ini.
  2. Skim SBL-KHASSkim SBL-Khas ini dilaksanakan bagi membantu para majikan yang menghadapi masalah pengaliran wang tunai untuk terus mempergiatkan aktiviti-aktiviti latihan semula dan meningkatkan kemahiran pekerja mereka dengan menggunakan baki levi yang sedia ada. Di bawah skim ini, majikan tidak perlu membayar yuran latihan kepada penyedia latihan terlebih dahulu. PSMB akan mendebitkan levi daripada akaun majikan untuk membayar yuran latihan kepada penyedia latihan dengan kebenaran yang telah diberikan oleh majikan berkenaan. Program latihan yang layak ditawarkan di bawah skim ini ialah Latihan dalaman dan luaran yang dijalankan oleh penyedia latihan yang berdaftar dengan PSMB. Permohonan geran latihan dari majikan bagi program yang tidak berdaftar dengan PSMB atau diadakan oleh penyedia latihan yang tidak berdaftar dengan PSMB akan ditolak.
  3. Skim PROLUS (Program Latihan Yang Diluluskan)Skim ini mensyaratkan penyedia-penyedia latihan berdaftar dengan PSMB. Setelah berdaftar, mereka bolehlah mengemukakan program-program latihan yang relevan kepada keperluan latihan majikan untuk dipertimbangkan bagi pemberian taraf Latihan Yang Diluluskan (PROLUS). Majikan-majikan bolehlah memilih mana-mana program latihan yang bertaraf PROLUS, menghantar pekerja-pekerja mereka menjalani latihan tanpa memperolehi kelulusan Urusetia PSMB terlebih dahulu dan membuat tuntutan setelah program latihan tamat, bergantung kepada terma dan syarat PSMB. Di antara program latihan/kursus yang boleh ditawarkan ialah Kemahiran pengurusan/Pentadbiran, Teknikal/Pertukangan, Komputer dan Kemahiran produktiviti.
Brochure Apply Now Contact Us